Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...
Semoga
semuanya sihat walafiat, selamat sentiasa di bawah naungan kasih limpah
rahmat Ilahi. InsyaAllah. Amin... Hari ini, saya sempat menyemak inbox
e-mel saya. Perasan ada 'comment' di hantar oleh sahabat ke sebuah entri
lama saya di blog ini, tajuknya ; Ayah Saya Curang..
Terkedu
saya, rupanya banyak komen di situ yang tidak 'dilayan' oleh saya.
Astaghfirullah. Mohon ampun maaf kepada sahabat-sahabat yang berkenaan.
Moga Allah mengampunkan dosa-dosa saya, kerana kelemahan saya yang
kurang cakna pada entri-entri lama - sekaligus mengabaikan hak-hak
sahabat dan saudara seagama saya sendiri. Mohon ampun maaf, saya susun
sepuluh jari. Moga sudi memaafkan saya.
Saya
berandaian, (the worst case scenario) mungkin banyak lagi komen-komen
lain yang dihantar - tidak dilayan atau diberi feedback oleh saya.
Maka,
atas segala kelemahan dan kekurangan saya selama ini, sekali lagi saya
menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Maaf kerana tidak memberi
feedback / reply / komen / jawapan / pandangan dan sewaktu dengannya.
InsyaAllah,
selepas ini saya akan cuba yang terbaik untuk sentiasa peka dan cakna
terhadap 'feedbacks' daripada sahabat pengunjung 'Mencari Sebuah
Destinasi'. Moga Allah membantu dan permudahkan urusan. Amin..
No comments:
Post a Comment