Friday, 6 April 2012

jangan tinggalkan aku!!!!

 Boleh tak sesekali nak tulis entri jiwang? Takut je, takut orang salah tafsir. Al-Maklumlah, nampak je org tulis itu,ini mesti nak dikaitkan dengan si penulis, padahal sesuatu penulisan tu boleh je direka. Betul tak? betul tak? Kalau orang salah tafsir pun ape salahnya. XD


 Kembali ke tajuk, Jangan tinggalkan aku. Selalunya ayat-ayat macam ni Amal selalu dengar bila kawan-kawan dah jalan terdahulu ke depan, ada kawan yang tercicir menjerit " Woi, tunggu! Janganlah tinggalkan aku." Hahaha.. Sapa yang tak takut kena tinggal??? Melainkan kalau kau betul-betul jenis orang yang sanggup buat semuanya serba seorang. Forever alone. Oh, pehliss.. (seorang kenalan tak habis-habis dengan forever alone dia tu.. hahahaha XD)

 Tapi bukan tu yang Amal nak persoalkan, tapi apabila ayat tu diadaptasi (betulke penggunaan perkataan ni?) dalam adengan cinta. 'Jangan tinggalkan daku' , 'Dont leave me pleaseeee' , 'I cant live without you' . Sapa yang   rasa geli dengan ayat-ayat ni sila angkat kening anda. ( \:-) saya juga) Tapi jangan tak tahu, satu hari nanti, bila anda bertemu dengan pujaan hati anda, anda rasalah betapa best dan syahdunya bila pujaan hati mengucapkan kalimah ni. (Sila pastikan mereka bukan player) Anda yang betul-betul sayangkan seseorang pun pasti rasa sebegini, walau pun kata-kata ni berat nak diucapkan. Kan mahal tu!! Mana boleh ucap sesuka hati je.
 Kenapa hati melahirkan rasa yang sedemikian rupa? First, memang lumrah manusia untuk menyayangi dan disayangi. Second, sebagai ujian kepada kita semua macam mana kita nak handle perasaan ni. Ke jalan yang benar atau salah. Adakah anda mampu mengawal rasa itu atau rasa itu yang mengawal anda hingga anda terus hanyut. Tak dinafikan, manusia emang senang kalah pada godaan syaitan dan nafsu. Kita pun tidak terlepas.Third, perasaan sayang yang tidak berbelah bagi apabila kita merasakan dia lah takdir kita. Wallahualam.
 Apa-apa pun, Ya Allah Ya Rab.. Andai setelah aku dipertemukan dengan dia yang menyayangi aku seadanya, Kau periharalah hatiku dan hatinya, jangan biarkan aku leka dengannya, panjangkan jodoh kami hingga ke pertalian yang sah hingga ke akhir hayat. Amin, amin ya rabbal alamin..

Okeyh, kembali study untuk test esok.. hehehe


p/s : gambar dr google buat cuci mata saje.. ^^

No comments:

Post a Comment