Thursday, 13 December 2012

hati hamba...

. .Sangat.






Entri ini,khas buat awak,yang sentiasa di hati saya.


Pertamanya,maafkan saya.
Maafkan saya.
Maafkan saya.
Maafkan saya.
Maafkan saya.
Maafkan saya.

Sangat keterlaluan perbuatan saya pada awak kali ini.Mesej tak berbalas,panggilan tak berjawab.Maafkan saya kerana keterlaluan.Keterlaluan saya ini kerana saya terlalu sayangkan awak.

Keadaan saya tak terungkap dengan kata.Hanya Dia yang tahu betapa diri menanggung derita.Betapa resah dan sempitnya dada.Betapa hibanya mengalir airmata.Betapa takutnya menghadapi hari yang bakal tiba,mengenangkan berapa lama lagi mampu jasad ini mampu mengandung nyawa......

Kerana terlalu,kerana amat,kerana sangat mencintai awak,saya mahu awak melalui hari-hari yang bahagia,walaupun tanpa hadirnya saya.Saya tak mahu awak sedih,risaukan  keadaan saya.Cukup sekadar awak tahu,saya masih bernyawa.Jangan risau tentang selebihnya,kerana Tuhan sentiasa bersama saya.=)

Saya mohon ruang dang masa untuk saya bersama Tuhan.Untuk saya perbaiki diri yang penuh dengan palitan lumpur dosa.Izinkan saya melalui hari-hari terakhir dalam hidup saya dengan airmata penyesalan kepada Tuhan.Izinkan saya membasuh lumpur dosa sebelum malaikat datang mencabut nyawa ini bercerai dari badan.Izinkan saya menghabiskan sisa hidup dengan ingatan kepada Tuhan....

Carilah kebahagiaan hidup awak.Yang lebih sempurna,yang lebihh baik,yang lebih penyabar,yang lebih sihat dari saya.Kita adalah sebuah kenangan yang tak akan saya lupa.Jangan tunggu saya....Ingat pesan saya,sabar dalam setiap ketika.Kawal emosi,jangan biar binasa diri.

Terima kasih kerana bersama saya,menghibur duka,mengukir gembira,sama-sama kita membina impian masa depan,pasti tak akan saya lupa.Selagi nyawa dikandung badan,awak tak pernah luput dari ingatan.Terima kasih atas pengorbanan awak.Masa,duit,kekuatan,semangat,juga doa awak yang tak putus buat saya.Terima kasih kerana seadanya menerima saya yang serba kurang ini,menjadi bidadari dihati awak....walaupun untuk sementara cuma.Terima kasih untuk kasih sayang dan cinta yang tak bertepi awak curahkan buat saya.Moga dibalas dengan rahmat Tuhan yang tak terperi luasnya.

Jika punya diberi peluang kedua oleh Tuhan,datang jemputlah saya.Ambillah saya dari wali saya dengan akad yang sah.Saya ingin menjadi yang halal buat awak.Jika di izin Tuhan......

No comments:

Post a Comment